Lebih kurang 24 jam menjelang Final Piala Malaysia 2025 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim dan Sri Pahang yang juga merupakan pertemuan buat kali kedua mereka di final selepas edisi 2014.
Aksi final ini merupakan penutup buat aksi bola di Malaysia selepas Liga Super 2024/2025 yang sudah pun melabuhkan tirai minggu lalu menyaksikan JDT, Selangor, dan Sabah muncul pasukan 3 terbaik liga.
Kini masanya untuk kita menyemarakkan lagi pertarungan akhir Piala Malaysia yang bukan sekadar perlawanan, tetapi pesta bola sepak yang meraikan semangat kesukanan dan perpaduan rakyat Malaysia.
Daripada laungan ‘chant’ yang bergema ke seluruh penjuru stadium, kibaran bendera pasukan, sehinggalah ke pakaian penuh warna-warni, semangat penyokong di stadium lah yang menjadi api buat para pemain untuk berhempas pulas di atas padang.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Masih sempat untuk anda mendapatkan tiket final. Ayuh penuhi stadium dengan sorakan, semangat dan kasih sayang terhadap pasukan anda. Bawa bersama suara anda, semangat anda, dan buktikan bahawa penyokong Malaysia adalah nadi sebenar bola sepak tanah air. Final Piala Malaysia 2025 ini bukan hanya perlawanan, ianya satu perayaan!