Skip to main content

Bola Sepak

Pemain enggan sertai Cardiff selepas insiden Sala -- Warnock

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neil-warnock_.jpg
Neil Warnock berkata Cardiff City telah cuba menandatangani pengganti Emiliano Sala, tetapi gagal untuk memujuk mana-mana penyerang untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Sala menjadi pemain termahal Cardiff apabila berhijrah dari Nantes, tetapi dia tidak dapat dijumpai apabila dia dan kapal terbangnya dilaporkan hilang.

Sala dan juruterbang, David Ibbotson, masih lagi kekal hilang, dengan keluarga pemain tersebut telah mengumpul dana untuk melancarkan operasi peribadi mereka sendiri.

Cardiff melakukan rayuan kepada EPL untuk melanjutkan tempoh dalam jendela perpindahan tetapi ditolak dan mereka gagal mendapatkan sebarang pemain gantian, walaupun mereka telah berjaya mendapatkan pemain tengah, Leandro Bacuna, dari Reading.

Warnock mengesahkan Cardiff telah berusaha untuk mendapatkan seorang lagi penyerang untuk memperkukuhkan lagi skuad yang bersaing untuk mengelak daripada penyingkiran EPL.

"Kami telah diberitahu satu atu dua penyerang yang enggan menyertai pasukan," kata Warnock.

"Pemain-pemain tersebut tidak mahu ke sini selepas apa yang terjadi. Jadi ia agak sukar buat kami dalam jendela perpindahan. Saya sangat gembira apabila mendapatkan khidmat Leandro Bacuna."

Advertisement

Must Watch Video