Jurulatih baru Barcelona, Ernesto Valverde, memiliki peluang untuk terus meraih sokongan penuh penyokong jika dia mampu mengetuai skuad Blaugrana mengatasi cabaran seteru utama, Real Madrid, dalam pertemuan Supercopa de Espana, awal musim depan.
Pertemuan Supercopa de Espana adalah di antara juara LaLiga dan pemenang Copa del Rey, yang menyaksikan Barcelona berpeluang untuk meraih kejuaraan itu buat kali ke-13.
Namun, di pentas sama pada tahun 2015, impian Barcelona dileburkan oleh Athletic Bilbao, apabila tewas di tangan Bilbao bimbingan Valverde 4-0 .
Barcelona yang ketika itu di bawah bimbingan Luis Enrique melakukan sistem giliran selepas mengatasi Sevilla 5-4 dalam masa tambahan dalam perlawanan Piala Super Eropah tiga hari sebelum pertemuan menentang Bilbao.
Rembatan padu Mikel San Jose sama sekali meletakkan Los Leones mendahului 1-0 sebelum hatrik daripada Aritz Aduriz mengesahkan kemenangan besar Bilbao ke atas Barcelona.
Jika Valvarde berjaya menterjemahkan gaya permainan serta taktikal yang sama buat skuad Catalan itu menentang Madrid, pastinya status wira menantinya di Camp Nou.