Manuel Pellegrini menandatangani kontrak baru bersama kelab berpotensi LaLiga, Real Betis, sehingga penghujung musim 2024-25.
Jurulatih berbangsa Chile itu membawa Betis menamatkan saingan di tempat keenam dalam musim pertamanya dan kini berada di tangga ketiga selepas 18 perlawanan musim 2021-22.
Betis juga melepasi pusingan playoff kalah mati Liga Europa (UEL) untuk bertemu Zenit selain mencongak perhitungan dengan Real Valladolid dalam pusingan 32 Copa del Rey awal tahun depan.
Pellegrini pada awalnya masih mempunyai kontrak di Estodio Benito Villamarin sehingga Jun 2023 tetapi jurulatih berusia 68 tahun itu diberikan tawaran untuk melanjutkan kesepakatannya dengan pasukan itu.

Betis mengesahkan perkhabaran itu dalam satu kenyatannya: "Pembaharuan kontrak jurulatih adalah satu langkah penting bagi perkembangan Real Betis, harapan yang disandarkan kepada salah seorang jurulatih paling berprestij di dunia.
"Proses pembaharuan ini berlaku dengan amat pantas berdasarkan persefahaman dan kepercayaan maksimum yang terwujud di antara kelab ini dan jurulatihnya."