Pele berasa murung dan tidak mahu meninggalkan rumah kerana masalah di bahagian pinggulnya, kata anak legenda bola sepak itu, Edinho.
Legenda Brazil, Pele, yang akan berusia 80 tahun Oktober depan, sudah lama menderita masalah pinggul itu dan memerlukan tongkat untuk bergerak.
Pemenang Piala Dunia tiga kali itu kerap dilihat berada di atas kerusi roda ketika ditemui di tempat awam.
"Dia amat sukar untuk bergerak. Dia menjalani pembedahan pinggul dan tidak dapat menjalankan proses pemulihan dengan betul," kata Edinho kepada GloboEsporte.com.
"Dia berdepan masalah untuk bergerak dan ia menimbulkan tekanan perasaan seperti kemurungan.
"Bayangkan, dia seorang raja, dia sentiasa menjadi tokoh yang hebat tetapi hari ini, dia tidak dapat berjalan dengan betul," katanya.
Edinho menambah: "Dia malu, dia tidak mahu keluar, dilihat atau melakukan apa-apa di luar rumah.
"Dia amat malu dan menyendiri."
Pele menghabiskan 18 tahun di Santos dengan melakukan 1,281 penampilan dan menjaringkan 1,091 gol bersama pasukan itu.
Dia masih kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 77 gol dan diiktiraf sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik yang pernah disaksikan.
Editor: Muzaffar Musa