Vincent Kompany berpuas hati dengan jaringannya ketika membantu Manchester City meraih kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace semalam sambil menyifatkan teknik rembatannya hanya "pejam dan sepak".
City mendahului perlawanan 1-0 menerusi gol David Silva pada minit kedua. Bersambung dalam babak kedua perlawanan, Kompany mengetuai pasukan untuk menghasilkan rentetan gol yang bermula pada minit ke-49.
Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Nicolas Otamendi menyempurnakan kemenangan skuad bimbingan Pep Guardiola itu di Stadium Etihad.
Kompany menyifatkan kemenangan mereka bermula dengan aksi yang mantap dalam separuh masa kedua.
"Kami hanya mendahului perlawanan dengan satu gol dalam separuh masa pertama. Ia bukan perlawanan yang mudah," katanya.
"City terus mengasak lawan dan berjaya meraih kemenangan yang selesa."
Kompany turut berharap The Citizens akan menggunakan kemenangan ketiga di laman sendiri sebagai pemangkin untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat terbaik.
"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan kami, terutama sekali dalam separuh masa kedua," kata Kompany.
"Kami perlu mengulangi persembahan kami untuk dua perlawanan seterusnya dan ia akan meletakkan kami dalam kedudukan selesa sebelum berdepan Watford (perlawanan terakhir musim 2016-17).
Keputusan tersebut membenarkan City untuk memintas Liverpool untuk menduduki tangga ketiga dengan perbezaan jaringan.