EINTRACHT FRANKFURT 1 CHELSEA 1
Eden Hazard tidak ditawarkan penerangan khusus daripada Maurizio Sarri selepas dia memulakan aksi separuh akhir pertama Liga Europa di bangku simpanan ketika seri 1-1 di Eintracht Frankfurt, awal pagi tadi.
The Blues memperagakan aksi mengagumkan biarpun terlebih dahulu gawang mereka digegarkan dengan tandukan kencang penggempur Eintracht yang menjadi perhatian ramai, Luka Jovic, tetapi mula menemui rentak selepas Pedro menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa.
Hazard dimasukkan selepas sejam permainan dalam usaha Chelsea mendapatkan bekalan selesa menjelang aksi di Stamford Bridge, minggu depan.
Selepas perlawanan, Sarri menjelaskan kebimbangannya terhadap beban berat yang digalas bintang Belgium berkenaan buat kelab dan negaranya yang mendorongnya mengambil keputusan itu.
"Eden diletakkan di bangku simpanan kerana dalam tempoh terakhir, dia bermain dalam 10 perlawanan berturut-turut," kata bekas pengurus Napoli itu dalam sidang akhbar pasca perlawanan.
"Adalah mustahil untuk terbabit dalam banyak perlawanan. Ini adalah perlawanan ke-59 kami dan Hazard juga beraksi dalam lapan perlawanan antarabangsa.
"Bagi seorang pemain, adalah mustahil untuk bermain dalam 70-75 perlawanan semusim, jadi kadang-kadang Hazard seperti pemain-pemain yang lain, perlu direhatkan atau jika tidak sekalipun, bukanlah beraksi sepanjang 90 minit."
Meskipun merehatkan bintang handalannya itu, pendekatan Sarri ketika mengumumkan kesebelasan utamanya tidak berubah.
"Saya telah memberitahunya sebelum perlawanan. Begitu juga dengan yang lain," katanya.
"Kebiasaannya, saya tidak bercakap dengan pemain yang saya mahu letakkan di bangku simpanan. Eden, bagi saya adalah pemain. Mungkin dia adalah yang terbaik tetapi dia tetap pemain.
"Ini cara saya. Jika tidak, saya perlu menjelaskannya kepada kesemua pemain dalam setiap perlawanan dan untuk itu, saya tidak akan mempunyai cukup masa."
Prestasi Chelsea tidak terjejas di sebalik ketiadaan Hazard berikutan peranan besar yang dimainkan Ruben Loftus-Cheek di bahagian tengah.
Pemain England itu mencipta gerakan jaringan penyamaan Pedro selain memiliki dua peluang untuk menggegar gawang lawan selepas rehat.
Begitupun, masalah kekejangan mengakhiri persembahannya pada penghujung perlawanan dan Sarri mengambil kesempatan untuk mengulas kemampuan sebenar pemain berusia 23 tahun itu sekiranya tidak dibelenggu kecederaan belakang yang berterusan.
"Loftus merupakan pemain yang sangat penting. Dia menunjukkan banyak peningkatan musim ini," katanya.
"Ketika tahap fizikalnya berada di kemuncak, dia merupakan tonggak penting. Dia selalu menghadapi masalah dengan pinggulnya dan bukan mudah untuknya menjalani latihan dengan konsisten.
"Bagaimanapun, dia amat cergas dalam perlawanan ini. Dia bermain dengan sangat bagus."
Sarri masih berusaha mengejar kejuaraan pertamanya selaku pengurus dan menganggap perjuangan musim ini belum selesai setelah Chelsea tewas dalam Piala Liga Inggeris (EFL) menerusi penentuan sepakan penalti ketika menentang Manchester City, Februari lalu.
"Saya tidak mahu sekadar beraksi dalam perlawanan akhir, saya mahu menang," katanya.
"Tiga bulan lalu, kami menghadapi masalah dalam kancah yang sangat sukar dan bukannya tidak mudah untuk bangkit tetapi kami dapat melakukannya."
"Kami akan memasuki 15 hari terakhir musim ini, kami berjuang untuk merebut kedudukan keempat teratas liga dan final Liga Europa.
"Oleh itu, kami memang layak menjulang trofi."