LIGA SUPER MSIA
PDRM simpan kuku, Negeri Sembilan hapus badi!
Percaturan pengendali Negeri Sembilan yang terpaksa turunkan Zamri Ramli sebagai kapten selepas ketiadaan kapten Skuad Jang, Zaquan Adha, penolong kapten, Nasrullah Haniff dan Annas Rahmat nampaknya berhasil selepas Negeri Sembilan benam PDRM 2-0.
Tewas dalam lima perlawanan berturut sebelum ini sememangnya memaksa pengendali Negeri Sembilan, K. Devan tampil dengan taktikal lebih berkesan dan kreatif tambahan pula mereka kehilangan 6 pemain utama gara-gara isu kecederaan.
Ternyata PDRM yang turun tanpa kesebelasan utama dimanfaatkan sepenuhnya Negeri Sembilan di babak kedua untuk membuka gol pembukaan menerusi R. Barathkumar pada minit ke-49 dan A. Selvan minit ke-79.
Iklan
"We have nothing to lose. Kami tiada tekanan.Persiapan kami untuk perlawanan ini tidak begitu baik sebab kami hanya berlatih tanpa perlawanan persahabatan. So, match fitness kami tidak begitu baik berbanding PDRM. Pujian buat pemain yang mempamer karakter dan attitude baik atas padang," kata Devan di sesi sidang media malam tadi.
Misi seterusnya Devan adalah untuk memastikan Skuad Jang menang salah satu daripada dua perlawanan selepas ini bagi memastikan pasukannya menamatkan saingan Liga Super di tangga kesembilan musim ini.
"Tempat kesembilan adalah pencapaian yang cukup sempurna bagi saya," kata Devan
Sebaliknya Datuk Yunus Alif menerima kekalahan dengan terbuka kerana beberapa pemain direhatkan semuanya demi aksi final Challenge Cup 29 November ini.
PERLAWANAN AKHIR MFL CHALLENGE CUP 2023! ?PDRM FC dan Kuching City FC akan bertemu di Perlawanan Akhir 1 MFL Challenge Cup 2023 pada Rabu, 29 November di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Jumpa di stadium !#MFLChallengeCup2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/6RY1EclrNX— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 24, 2023
Must-Watch Video