Skip to main content

Bola Sepak

PDRM mahu curi mata di Kuala Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm.jpg
Keampuhan tiga pemain import PDRM, iaitu Park Tae-su, Fadi Awad dan Ahmad Nawaf Abdel-Aziz Sariweh bakal menjadi pertaruhan Eddy Gapil menjelang aksi dengan Terengganu esok.

Walaupun tidak memulakan aksi musim ini dengan langkah kanan, namun ada sesuatu yang ditonjolkan barisannya ketika mereka sekurang kurangnya berjaya mengikat DPRM 2-2 dalam aksi pembukaan.

Tiga pemain import yang disebut menjadi keutamaan Eddy di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin khusus di bahagian yang memaparkan posisi ketiga-tiga pemain ini.

"Jentera pertahanan PDRM cukup menyerlah dalam perlawanan sebelum ini. Harapan saya adalah barisan pemain ini dapat memberikan yang terbaik dan semestinya melakar keputusan yang positif," katanya menerusi Nadi Arena.

Bagaimanapun, Eddy menyedari kekangan yang perlu dilalui pemainnya dengan melihat pemain import Terengganu juga memiliki kualiti di atas padang.

"Terengganu sudah pasti memiliki skuad yang berkualiti mampu menghadirkan kesukaran buat kami namun itulah cabaran yang perlu dihadapi PDRM dan ia amat baik untuk perkembangan pasukan ini."

Advertisement

Must Watch Video