Selepas lama menyepi daripada kancah bola sepak domestik, Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kini bakal kembali mewarnai saingan Liga Malaysia 2024/25.
PDRM FC difahamkan sedang dalam perancangan untuk menggunakan stadium yang mempunyai kapasiti 10,000 tempat duduk itu sebagai venue ‘home’ Sang Saka Biru.
Selepas ditutup selama 11 bulan untuk kerja naik taraf, Stadium MPS kembali dibuka kepada orang ramai pada Jun tahun lalu.
Antara fasiliti yang dinaik taraf oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang ialah lampu limpah, papan markah (scoreboard), surau, ruang bilik persalinan dan tandas.
Untuk rekod, ‘The Cops’ pernah menggunakan Stadium MPS sebagai venue utama pasukan ketika beraksi di pentas Liga Perdana 2019.
Selain PDRM FC, pasukan yang pernah menggunakan khidmat Stadium MPS ialah Sime Darby FC, Selangor, Kuala Lumpur selain turut dijadikan gelanggang rasmi acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.