PDRM 5 SARAWAK 2
PDRM bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk membenam Sarawak 5-2 dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini.
Skuad The Cops itu hanya memerlukan 15 minit dalam separuh masa kedua untuk mendahului buat kali pertama selepas ketinggalan hasil jaringan cantik Gerogi Kinkladze Tom pada minit keenam dan Mohamad Alif Hassan pada minit ke-34.
Pemain pertahanan, Muhammad Fauzan Mohd Fauzi, menjaringkan gol pertama PDRM pada minit ke-47 sebelum Patrick Ronaldinho Wleh menyamakan kedudukan empat minit kemudian.
Ia kemudian disusuli gol ketiga daripada sepakan penalti Lee Changhoon pada minit ke-58.
Kerancakan PDRM menampilkan aksi berkualiti tinggi dalam babak kedua menyaksikan Patrick Ronaldinho mencipta hatrik selepas meledak dua lagi gol pada minit ke-65 dan ke-80 untuk mengesahkan kemenangan pasukan itu.
Sebagai rekod, pertembungan PDRM dan Sarawak itu sepatutnya berlangsung Selasa lalu di venue sama, namun terpaksa ditangguhkan ekoran hujan lebat dan petir.
PDRM akan meneruskan perjuangan mereka dalam pusingan ketiga dengan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung bagi berdepan PKNP FC, minggu depan.
-- BERNAMA