Bayern Munich tidak akan menandatangani Benjamin Pavard meskipun Jerome Boateng berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG), kata pengerusi kelab itu, Karl-Heinz Rummenigge.
Juara Bundesliga tersebut terus dikaitkan dengan pemenang Piala Dunia 2018, Pavard, pemain yang pengurus, Niko Kovac, kagumi.
Khabar angin itu diperkuatkan lagi susulan laporan di Jerman terus mengaitkan Boateng dengan PSG dan langkah itu akan merampas pengalaman luas dimiliki Boateng yang telah tampil sebanyak 76 perlawanan antarabangsa.
Rummenigge, bagaimanapun, menegaskan khidmat Pavard yang merupakan pemain serba boleh sejak menyertai Stuttgart dua musim lalu, tidak diperlukan sebagai penggantinya.
"Tidak. Kami mempunyai (Mats) Hummels, (Niklas) Sule, (Javi) Martinez yang boleh bermain di tengah pertahanan selain (David) Alaba dan dua pemain muda, Lukas Mai dan Chris Richards," kata bekas penggempur Jerman itu kepada Sport Bild.
"Kami memiliki banyak kualiti."
Komen Rummenigge itu hadir selepas beliau menyangkal dakwaan bahawa Robert Lewandowski akan dijual sambil menegaskan mereka akan menolak tawaran bernilai €150 juta (RM711.6j).
Kovac turut mengesahkan keinginannya untuk mengekalkan penyerang handalan Poland itu di Allianz Arena.
"Hari ini saya mahu meramalkan: Lewandowski akan mengharungi musim yang hebat dan mengatasi rekod gol semusimnya, iaitu 30 gol liga di Bayern Munich. Dia akan memberikan penampilan berbeza yang belum pernah disaksikan," kata Rummenigge.
Bayern akan memulakan kempen mempertahankan gelaran Bundesliga dengan berdepan Hoffenheim di laman sendiri pada 24 Ogos nanti.