Pembantu ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente, akan menggalas tugas selaku pemangku pengendali sementara menggantikan Kim Pan-gon yang berkuat kuasa serta-merta, hari ini.
Masa depan Kim Pan-gon akhirnya terjawab apabila pengendali itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan berbaki satu tahun dalam kontraknya.
Pan-gon, yang telah bersama pasukan sejak 2022, memainkan peranan penting mengubah nasib skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa, memimpin Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengesahkan pelantikan jurulatih kelahiran Sepanyol itu sebagai pengganti seketika pasukan Harimau Malaya.
Selain itu, Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL) itu juga memaklumkan bahawa barisan kejurulatihan yang lain akan terus komited dan kekal bersama pasukan kebangsaan mengikut kontrak masing-masing.

Pau Marti dilantik sebagai interim coach, dibantu E. Elavarasan termasuk jurulatih lain yang kekal bersama skuad negara untuk Pestabola Merdeka. - Datuk Wira Yusoff Mahadi, Timbalan Presiden FAM. @ASTROARENA pic.twitter.com/Sy5En8DDTY
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 16, 2024