Skip to main content

Bola Sepak

Pasukan Impian Asean: Peluang bakat muda negara ke Jepun

asean-dream-team.jpg
Peluang kini terbuka luas buat pemain bola sepak muda negara untuk berkelana ke Jepun apabila Cerezo Osaka akan mengadakan sesi pemilihan bagi mencari lima pemain terbaik dari Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada program Pasukan Impian Asean.

Program yang dilancarkan di Petaling Jaya, hari ini, membawa objektif untuk memperkembangkan bakat-bakat muda di Asia Tenggara.

Sebanyak tiga negara terpilih bagi edisi kali ini, iaitu Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Seramai 15 pelatih akan diterbangkan ke Osaka, Jun depan, bagi menjalani latihan dengan penuntut Akademi Cerezo Osaka selain satu perlawanan persahabatan akan dianjurkan bagi memilih lima pemain terbaik.

Untuk butiran lebih terperinci, ikuti Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video