Skip to main content

Bola Sepak

Pasti berbeza kali ini -- Durakovic

menmet-durakovic.jpg
Mehmet Durakovic menjangkakan laluan lebih sukar buat Perak apabila turun bertemu PKNP FC dalam suku akhir pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.

Berbanding ketika mencatat kemenangan 4-0, empat hari lalu, Durakovic yakin PKNP FC akan lebih bersedia bagi menghadapi perlawanan itu.

"Sudah tentu suasananya berbeza kali ini. Laluan kami pasti sukar malam ini.

"Jurulatih Abu Bakar (Fadzim) sudah tentu menyusun strategi baru selepas pertemuan pertama.

"Jadi, pemain Perak tidak boleh ambil mudah dan bersikap sambil lewa," katanya.

Sebaliknya, jurulatih itu menuntut persembahan bertenaga seperti yang dilakukan mereka, Sabtu lalu.

"Pemain Perak berada dalam keadaan dan perasaan baik ketika ini.

"Selepas kejayaan Sabtu lalu, keyakinan mereka semakin tinggi dan saya berharap mereka akan mengekalkan momentum ini," ujarnya.

Walaupun tidak menyatakannya, Durakovic dijangka membariskan kesebelasan sama yang mempamer persembahan berkesan ketika menjaringkan dua gol dalam setiap babak, Sabtu lalu.

"Jika boleh, saya mahu kemenangan dengan jurang selesa apabila kami bertemu semula dalam suku akhir kedua bagi mencerahkan peluang ke separuh akhir," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video