Skip to main content

Bola Sepak

Pasangan Marc Cucurella dedah cabaran besarkan anak autisme

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marc-cucurella.jpg
Teman wanita pertahanna Chelsea, Marc Cucurella, Claudia Rodriguez, berkongsi cabaran berdepan untuk membesarkan anak autisme.

Pasangan itu membuat penampilan dalam musim terbaru 'Married to the Game', rancangan yang mengungkap sisi kehidupan isteri dan pasangan barisan bintang Liga Perdana Inggeris.

Pasangan dan isteri pemain seperti Jorginho, Leon Bailey dam Riyad Mahrez antara yang turut membuat penampilan bagaimanapun kisah Cucurella dan Rodriguez cukup menyentuh hati.

Mereka berkenalan ketika usia remaja dan sejak itu mereka telah bersama dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata -- Mateo, Rio, dan Bella.

Anak sulung mereka yang kini berusia empat tahun, Mateo, telah didiagnos dengan autisme dan, dalam rancangan tersebut, Rodriguez membuka kisah dan cabaran yang dihadapi mereka.

Bercakap menerusi rancangan tersebut, yang berkeudara pada 8 April ini, dia berkata, "Kami dapat melihat sesuatu yang berbeza tentang Mateo ketika dia membesar, kira-kira ketika pada usianya 13 bulan, namun ia merupakan proses yang panjang sebelum didiagnosis. Ketika dia kecil ia lebih mudah tetapi kini semakin membesar, cabarannya semakin meningkat.

"Apabila kami berpindah ke Chelsea, kami mula menghantarnya ke sekolah dan dia sangat sedih, dan kami tidak mengetahui jalan penyelesaiannya. Anda perlu mencarinya sendiri, dan anda akan berasa sangat teruk kerana tidak bersedia untuk menghadapinya.

"Anda bersedia untuk menjadi ibu, tetapi tidak untuk menjadi ibu kepada anak autistik, jadi anda akan berasa sangate terul. Sukar untuk melihatnya dalam keadaan itu dan kami cuba mencari jalan penyelesaian.

"Saya memberitahu Marc kami perlu mencari sekolah khas kerana dia tidak dapat belajar, dia tidak menikmati kehidupannya. Saya tidak mahu kehilangan lebih banyak masa, kami perlu melakukan sesuatu.

"Jadi saya menemui satu tempat yang menakjubkan di London di mana mereka memahami Mateo dan memahami keperluannya, jadi kami memindahkan dia ke sana dan kehidupanya kami berubah sepenuhnya. Pada mulanya saya menghantar Mateo ke sekolah itu dari Cobham tetapi ia merupakan perjalanan yang memakan masa dua jam pada sebelah pagi dan dua jam perjalan pulang. Saya berada di dalam kereta sepanjang hari.

"Kemudian rumah kami dirompak dan kemudian saya mengambil keputusan untuk tidak tinggal di situ lagi. Jadi kami berpindah ke London dan ia memudahkan buat Mateo untuk ke sekolah."

Apabila ditanya bagaimana keadaan semasa Mateo, dia berkata, "Dia baik, dia kadang-kadang menyebut beberapa perkataan, mengulanginya kembali, dan kami hanya mengusahakannya. Anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa depan untuknya tetapi kami sedang mengusahakannya.

"Saya tidak tahu sama ada dia akan bercakap atau tidak. Saya tidak tahu apa-apa, tetapi kami cuba melakukan segala-galanya untuknya. Saya pergi ke Madrid seminggu yang lalu untuk melakukan beberapa ujian, sepanjang hari kami cuba mencari penyelesaian, dan itulah yang terbaik yang boleh kami lakukan."

Advertisement

Must Watch Video