Skip to main content

Bola Sepak

Park Tae-su sertai PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

park-tae-su.jpg
Bekas kapten Sabah, Park Tae-su, dilaporkan hampir pasti akan menyertai PDRM bagi saingan Liga Malaysia musim 2025-26.

Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pertahanan berusia 35 tahun itu dijangka akan menandatangani kesepakatan dengan PDRM dalam masa terdekat selepas kontraknya tidak disambung Sabah.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Incheon, Korea Selatan itu mula menyertai Sabah pada 2019, di mana dia kemudian merekodkan 106 penampilan dan menjaringkan 20 gol.
 

Advertisement

Must Watch Video