Skip to main content

Bola Sepak

Paris 2024: Thierry Henry tetap bangga perjalanan Perancis meskipun terlepas emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

henry.png
PERANCIS 3 SEPANYOL 5


Thierry Henry memuji perjalanan indah Perancis dalam Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun terlepas pingat emas apabila tewas 3-5 kepada Sepanyol, awal pagi tadi. 

Henry mengetuai Perancis meraih pingat bola sepak pertama mereka di Sukan itu sejak kejayaan mereka pada edisi 1984 di Los Angeles, tetapi akan membawa pulang perak kali ini.

Jaringan lewat Maghnes Akliouche dan Jean-Philippe Mateta menyaksikan Les Bleus bangkit daripada ketinggalan 1-3 pada 10 minit terakhir untuk mengheret pertemuan itu ke masa tambahan.

Bagaimanapun, jaringan berganda Sergio Camello dalam babak tambahan memusnahkan Perancis di Parc des Princes tatkala Sepanyol terus mencengkam penguasaan mereka di pentas antarabangsa.

Di sebalik kekalahan itu, Henry memuji usaha anak buahnya sepanjang kejohanan tersebut dengan mengatakan bahawa dia akan mengingati perjalanan mereka itu sebagai sesuatu yang menyatukan negara.

"Ia adalah ajaib. Saya memberitahu mereka bahawa saya bangga dengan mereka dan kami telah mendapat pingat pada akhirnya. Pasti ini bukan seperti yang kami mahukan tetapi ceritanya menakjubkan," kata Henry.

 

"Saya rasa semua orang seronok. Ia tidak berakhir dengan baik tetapi wujudnya emosi, pingat dan perjalanan yang indah. Kami adalah sebuah negara yang indah apabila kami bersatu. 

“Memang indah melihat orang memakai jersi, orang mengibarkan bendera negara sepanjang Sukan Olimpik.

"Sukar untuk meraikan pingat ini tetapi kami masih perlu meraikannya. Ada satu kisah, ini satu perjalanan manusia yang menakjubkan."

Advertisement

Must Watch Video