Skip to main content

Bola Sepak

Paris 2024: Perancis tempah awal tiket suku akhir

sildillia.jpg
PERANCIS 1 GUINEA 0 

Gol tunggal dalam separuh masa kedua daripada Kiliann Sildillia membantu Perancis meneruskan permulaan sempurna dalam Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menempah slot ke suku akhir berbaki satu perlawanan.


Les Bleus merakamkan kemenangan itu daripada tandukan bek kanan tersebut di sebalik berdepan semangat juang tinggi Guinea yang dua golnya dibatalkan dalam babak pertama.
 
Percubaan Amadou Diawara memaksa Guillaume Restes menguisnya dengan hujung jarinya -- hanya beberapa minit sebelum Jean-Philippe Mateta mensia-siakan peluang untuk melakar hatrik bagi meletakkan tuan rumah di hadapan.

Malah, tindakan cemerlang penjaga gol, Soumaila Sylla, banyak menyelamatkan pintu gol Guinea. 

Perancis, bagaimanapun, bangkit dalam baki 45 minit permainan yang menyaksikan Loic Bade melancarkan amaran awal apabila rembatannya terkena tiang.

Pada akhirnya, Sildillia yang tidak dikawal menemui titik jurang di antara kedua-dua pasukan apabila menyambut hantaran lintang Michael Olise, sekali gus memusnahkan ketangkasan Sylla.

Perancis mara ke pusingan seterusnya dan meraih tempat teratas Kumpulan A dengan enam mata, manakala Guinea menduduki terbawah kumpulan setelah tewas kedua-dua perlawanan setakat ini.

Advertisement

Must Watch Video