LIGA PERDANA MSIA
Panggilan skuad kebangsaan suntik semangat Faisal Halim
Pemain sayap Terengganu, Faisal Halim, menganggap panggilan ke kem latihan pusat Harimau Malaya sebagai satu motivasi buatnya yang masih mencari rentak permainan sebenar memandangkan belum mempunyai minit permainan musim ini.
Seramai 30 pemain bakal melaporkan diri pada Isnin ini iaitu sesudah pusingan pertama kempen Piala FA.
Begitupun, Faisal belum berpeluang untuk turun padang berikutan dua perlawanan awal membabitkan kelab Pantai Timur itu dengan Sri Pahang dan Negeri Sembilan terpaksa ditunda.
Iklan
"Kalau diikutkan memang tidak adil (saya terpilih) sebab saya tiada minit permainan.
"Mungkin jurulatih menilai saya berdasarkan perlawanan-perlawanan lalu tapi saya akui masih mencari prestasi sebenar musim ini.
"Saya tidak beraksi (di tahap) yang sepatutnya, baik dalam perlawanan sebenar mahupun persahabatan," katanya.
??️PENANGGUHAN PERLAWANAN LIGA SUPER & PIALA FA DIANTARA PASUKAN TERENGGANU FC MENENTANG NEGERI SEMBILAN FC??️Baca selanjutnya di ⬇️⬇️⬇️https://t.co/yxNczX9QVf#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/u5EUuyxMWw— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) March 8, 2022
Malaysia dijadual berdepan dua perlawanan kelas A berdepan dua seteru Asia Tenggara di Singapura pada 23 dan 26 Mac ini.
Tambahnya, panggilan kali ini merupakan cabaran berbeza menerusi kelibat pengendali baru, Kim Pan-gon, selain bersedia untuk mengikut apa yang telah dirancang jurulatih Korea Selatan itu.
"Sebagai pemain kami sentiasa dahagakan sesuatu yang baru.
"Dengan kehadiran jurulatih baru dari Korea, saya harap pemain kebangsaan lebih bersemangat dengan perkara baru ini dan mengikut perancangannya," katanya lagi.
Must-Watch Video