Skip to main content

Bola Sepak

Pandang kecil Liga Europa, Gabi tarik semula kata-kata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atletico-gabi.jpg
Gabi bersedia untuk menelan semula kata-katanya sejurus Atletico Madrid memenangi Liga Europa, sebuah kejohanan yang dilabelnya sebagai sampah pada Oktober lalu.

Bercakap selepas Atletico seri 1-1 dengan Qarabag yang menyingkirkan mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL), Gabi tidak bermotivasi dengan prospek tergelincir ke saingan kelas kedua di benua itu.

"Saya ingin mengatakan bahawa Liga Europa adalah sampah meskipun ia pernah memberi kejayaan kepada saya," kata kapten itu.

Gabi meledak gol ketiga Atleti ketika mengalahkan Marseille 3-0 di Lyon untuk merangkul piala itu pada awal pagi tadi dan sehubungan itu, pemain tengah veteran itu mengambil sikap merendah diri. 

"Kini saya perlu menelan semula kata-kata saya," katanya dalam petikan yang dilaporkan AS. "Ia adalah detik yang sangat sukar buat semua orang."

Antoine Griezmann menjaringkan dua gol untuk Atleti tatkala khabar angin menyatakan penyerang itu di ambang perpindahan ke Barcelona.

Begitupun, Gabi mengulangi harapannya agar pemain antarabangsa Perancis itu meneruskan kerjayanya di Wanda Metropolitano.

"Dia telah membuktikan bahawa dia memberi tumpuan kepada Atletico," kata Gabi. "Saya harap dia kekal.

"Sudah tentu, memenangi gelaran ini boleh membantu (mengekalkannya), lebih-lebih lagi kerana kami berjaya melakukannya, ia akan menjadi faktor penting pada musim-musim akan datang."

Advertisement

Must Watch Video