Skip to main content

Bola Sepak

Palmieri alami kecederaan ACL

29517emerson-palmieri.jpg
Roma mengumumkan pemain pertahanannya, Emerson Palmieri, memerlukan pembedahan selepas mengalami kecederaan ligamen arterior krusiat (ACL) pada hari terakhir Serie A musim ini.

Palmieri jatuh pada separuh masa pertama ketika Roma menewaskan Genoa 3-2 dalam perlawanan terakhir Francesco Totti untuk kelab itu, awal pagi tadi.

Pemain kelahiran Brazil berusia 22 tahun itu disenaraikan dalam skuad muda Itali oleh Gianpiero Ventura untuk perlawanan persabahatan menentang San Marino, yang menjadi panggilan antarabangsa pertamanya.

"Keadaan Palmieri tertakluk kepada ujian instrumental yang tertumpu kepada ligamen arterior krusiat kiri yang pecah," kata satu kenyataan kelab.

"Esok, Palmieri akan menjalani pembedahan arthroskopik untuk pembinaan semula ligamen."

Advertisement

Must Watch Video