Skip to main content

Bola Sepak

Pahang boleh ditumpaskan -- Durakovic

memet.jpg
Selepas mengatasi Sabah 3-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Malaysia, Ahad lalu, Perak akan  berdepan ujian sebenar apabila berkunjung ke Stadium Darul Makmur bagi menentang Pahang malam ini.

Perak, yang juga juara bertahan Piala Malaysia, menyingkirkan lawan itu dalam separuh akhir Piala FA, Jun lalu.

Walaupun sedar skuad tuan rumah berkenaan akan turun ke Stadium Darul Makmur dengan misi membalas dendam, pengendali The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic, tetap mengutamakan momentum kemenangan pasukannya.

"Ia amat penting untuk mengekalkan momentum kemenangan walaupun agak sukar untuk berdepan Pahang.

"Mereka adalah pasukan yang baik, terutama di laman sendiri.

"Namun, kami akan mencuba yang terbaik dan harap-harap kami dapat mengekalkan konsentrasi sepanjang 90 minit.

"Kami adalah juara bertahan dan sudah pasti setiap pasukan mahu menewaskan kami.

"Ia bukan mudah kerana mereka pasukan yang kuat tetapi jika kami melakukan seperti yang dirancang, kami boleh mendapatkan keputusan yang baik," katanya.

Advertisement

Must Watch Video