Skip to main content

Bola Sepak

Pahang akan bangkit -- Dollah

dollah.jpg
Pengendali Pahang, Dollah Salleh, memberi jaminan Pahang akan bangkit selepas mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga Super musim ini.

Bersesuaian dengan status selaku pencabar utama saingan Liga Super, Pahang tidak mahu rebah hanya disebabkan tewas kepada PJ City 2-0, semalam.

Bekal bertemu Terengganu untuk aksi kedua suku akhir Piala FA dan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi aksi seterusnya dalam saingan Liga Super, Dollah sudah memberi peringatan mereka akan kembali bangkit.

"Kekalahan ini tidak akan menggugat prestasi kami. Pahang akan bangkit dan perlawanan bertemu Terengganu adalah medan terbaik untuk membuktikan kami sebagai salah sebuah pasukan terkuat Liga Super," kata Dollah.

Faktor kepenatan dan ketiadaan dua pemain import, Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharudin yang mengalami kecederaan antara punca Pahang longlai di Stadium MBPJ.

Sementara itu, jurulatih PJ City, K. Devan, lega dengan kemenangan ke atas Pahang yang sekurang-kurangnya mampu membawa skuadnya keluar daripada zon penyingkiran Liga Super.

"Saya berasakan Pahang kurang bernasib baik dalam perlawanan ini kerana bilangan percubaan yang telah dilakukan. Percaturan yang berhasil telah menyeimbangkan pasukan dalam usaha meraih kemenangan ini," kata Devan.

Advertisement

Must Watch Video