Skip to main content

Bola Sepak

Padang Johor Darul Ta'zim bakal dinaik taraf

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menitahkan semua padang bola sepak milik kelab itu dinaik taraf.

Ia selepas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) tidak berpuas hati dengan kualiti padang di Stadium Sultan Ibrahim dan pusat latihan JDT ketika ini.

"Kerja-kerja menaik taraf dan kemungkinan penanaman semula rumput akan dijalankan di penghujung musim.



"Ia akan dimulakan dengan pusat latihan JDT dan Stadium Sultan Ibrahim untuk persediaan menghadapi musim 2024," kata kelab itu menerusi satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini. 

Padang JDT di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dan pusat latihan JDT di Seri Gelam menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia.

Langkah Tunku Ismail menitahkan semua padang tersebut dinaik taraf membuktikan baginda tidak mengambil mudah soal padang walaupun mungkin hanya mengalami kerosakan kecil kerana ia akan memberikan impak besar kepada pasukan kelab itu.

Malah, sebelum ini juga Tunku Ismail amat mengambil berat soal kualiti rumput dengan menaja penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil dan meminta semua kelab bola sepak di negara ini menukar daripada rumput jenis Cow Grass kepada Zeon Zoysia.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Must Watch Video