Skip to main content

Bola Sepak

Ozil ucap terima kasih susulan insiden hampir dirompak

mesut-ozil-cropped_1ivm8ydx0qh631phjyvy01vq4p.jpg
Bintang Arsenal, Mesut Ozil, memberitahu peminatnya bahawa dia, isteri dan rakan sepasukan, Sead Kolosinac, berada dalam keadaan baik susulan cubaan memberhentikan keretanya dan dirompak.

Menerusi satu rakaman video yang disiarkan di media sosial kelmarin, Kolosinac dilihat bertarung dengan dua penyerang yang cuba memberhentikan kereta yang dipandu Ozil.

Kedua-dua penjenayah itu dilihat memakai topeng sambil memegang senjata yang dipercayai pisau.

Arsenal mengesahkan kepada Omnisport bahawa kedua-dua pemain itu berada dalam keadaan baik selepas insiden tersebut sambil Polis Metropolitan melakukan siasatan.

Kolosinac tampak melihat situasi itu daripada sudut jenaka, dengan meletakkan gambarnya dan Ozil dengan catatan "Kami dalam keadaan baik" sambil menggenggam tangan dan nota senyuman.

Ozil kemudian menggunakan gambar sama di laman Twitter, dengan menambah: "Kolosinac, isteri saya, Amine, dan saya berada dalam keadaan baik selepas insiden semalam di London. Terima kasih atas pesanan sokongan anda."

Kolosinac dan Ozil kembali ke London bersama skuad The Gunners, Rabu lalu selepas kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Amerika Syarikat.

Kedua-duanya beraksi dalam perlawanan terakhir aksi jelajah itu dan Arsenal tewas di tangan Real Madrid menerusi penentuan sepakan penalti.
 

Advertisement

Must Watch Video