Cara terbaik untuk Mesut Ozil menutup mulut pengkritiknya adalah dengan membintangi Liga Perdana Inggeris (EPL), kata penggempur legenda Arsenal, Ian Wright.
Ozil, 29, berdepan masalah susulan pertemuan kontroversinya dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Penyingkiran Jerman di peringkat kumpulan Piala Dunia Russia menghangatkan lagi kritikan terhadap perancang tersebut sehingga mendorongnya meninggalkan pasukan kebangsaan dengan mendakwa Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) bersikap perkauman.
Ozil mendapat perlindungan di Arsenal dengan mendapat sokongan penuh daripada pengurus, Unai Emery.
Bercakap kepada Omnisport, Wright mencabar pemain tengah itu supaya memperbaiki aksi tidak menentunya musim lalu yang menyaksikan dia sekadar menyumbat empat gol EPL.
"Dia sering menerima kritikan hebat dan kini terpulang kepada Mesut Ozil untuk bangkit dan cuba tampil dengan cara yang orang tahu dia mampu lakukan," kata bekas penyerang England tersebut.
"Ia akan menjadi sukar kerana dia sering dikawal ketat.
"Orang tahu keupayaannya jika dia diberi masa dan ruang, oleh itu mereka tidak akan memberikan dan berusaha menafikannya.
"Terserah kepadanya untuk mencuba, mencari ruang serta memberi kesan dalam perlawanan," katanya lagi.