Unai Emery mendedahkan bahawa Mesut Ozil dan Sead Kolosinac terlepas aksi berdepan Lyon yang menyaksikan Arsenal tewas 2-1 kerana minda mereka tidak berada pada tahap 100 peratus susulan percubaan rompakan yang dihadapi baru-baru ini.
Rakaman video memaparkan Kolosinac cuba melawan dan menakutkan dua perompak bertopeng yang mahu memberhentikan kereta yang dipandu Ozil, beberapa hari sebelum pertemuan dengan Lyon di Emirates.
Tatkala Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette membarisi kesebelasan utama Arsenal semalam, Emery tidak menyenaraikan Ozil dan Kolosinac di dalam skuadnya.
"Ia sangat peribadi," katanya.
"Minda mereka tidak berada pada tahap 100 peratus."
Polis Metropolitan kini menyiasat insiden di London itu, di mana kedua-dua pemain tersebut mengeluarkan kenyataan menerusi laman media sosial untuk melegakan peminat.
Kolosinac memuat naik gambarnya dengan tulisan "Rasanya kami baik-baik sahaja" sambil Ozil berkata dia dan keluarganya dalam keadaan bagus sambil berterima kasih di atas sokongan yang diberi.
Selepas Aubameyang menjaringkan gol ketika berdepan Lyon, Emery berkata Ozil dan Kolosinac akan kembali tidak lama lagi.
"Lebih baik mereka menenangkan diri dan meluangkan masa bersama keluarga," tambah pengendali The Gunners itu.
"Kami memberikan mereka tempoh beberapa hari untuk kembali bersama skuad."