Skip to main content

Bola Sepak

Oswyn Lim teruja terima tunjuk ajar Lim Teong Kim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oswyn-lim.jpg
Tonggak pertahanan skuad B-19 kebangsaan, Oswyn Lim, memberi bayangan hampir pasti memperkuatkan Perak musim depan. 

Bekas tonggak Piala Belia Petaling Jaya City itu sedar berdepan tekanan yang menanti memandangkan ia bakal menjadi musim pertamanya di pentas tertinggi Liga Malaysia (Liga-M), Liga Super.

Pertahanan kelahiran Sungai Buloh, Selangor, itu turut berharap dapat segera menyesuaikan dengan suasana pasukan baru di bawah kendalian ketua jurulatih, Lim Teong Kim.

"Saya hamair pasti (sertai Perak), apa pun tunggu pengesahan rasmi daripada mereka. 

"ONEXOX telah melantik Lim Teong Kim yang mempunyai projek dan perancangan yang bagus.

"Dia seorang jurulatih bertaraf Eropah dan gemar membentuk pemain muda. 

"Saya rasa dapat belajar banyak di bawah bimbingannya dan yakin kepada pemain muda. 




"Biarpun belum dikenali ramai tapi apa yang penting adalah saya buktikan kemampuan. 

"Pandangan negatif adalah salah satu cabaran dalam bola sepak profesional malah dalam mana-mana bidang," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Untuk rekod, Oswyn merupakan antara tonggak yang membarisi skuad kebangsaan asuhan Hassan Sazali Waras yang mengharungi kempen kelayakan Piala Asia bawah 20 tahun di Mongolia, September lalu.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video