SERIE A
Origi sertai Milan selepas tinggalkan Liverpool
Divock Origi menyertai AC Milan selepas kontraknya bersama Liverpool tamat.
Origi menyertai Liverpool daripada Lille selepas mencuri tumpuan bersama Belgium dalam Piala Dunia 2014 tetapi kembali dipinjamkan ke pasukan Ligue 1 itu dalam musim pertamanya.
Dia amat jarang diturunkan selama lapan tahun bersama The Reds, sehingga dipinjamkan ke Wolfsburg dalam musim 2017-18, tetapi masih dapat menjaringkan gol-gol penting buat pasukan bimbingan Jurgen Klopp berkenaan.
Iklan
Jaringannya yang paling diingati adalah ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2018-19 ke atas Tottenham.
Origi kini akan berharap untuk mendapatkan lebih banyak peluang di Milan, yang memenangi Scudetto musim 2021-22, selepas mengikat kesepakatan selama empat tahun di San Siro.
Pemain berusia 27 tahun itu membina reputasi sebagai 'super-sub' sepanjang berada di Anfield, di mana dia menjaringkan 22 gol daripada 107 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) biarpun hanya 34 daripadanya sebagai kesebelasan utama.
Official Statement: @DivockOrigi ➡️ https://t.co/tIqImpddjTComunicato Ufficiale: Divock Origi ➡️ https://t.co/DavAjoDHeK#ReadyToLeaveAMark #SempreMilan pic.twitter.com/yLjLrju31A— AC Milan (@acmilan) July 5, 2022
Must-Watch Video