Skip to main content

Bola Sepak

Orang Besi menangis dengar Pahang tarik diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nwakaeme.jpg

Bekas import Pahang, Dickson Nwakaeme, terkesan keputusan majikan lamanya yang mengambil keputusan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pahang atau kini di kenali sebagai Sri Pahang cukup dekat di hati Nwakaeme yang masih berharap agar pasukan ini kembali bersaing di Liga Super akan datang.

Pemain import dari Nigeria itu, bagaimanapun, berharap keputusan ini bersifat singkat.

Baginya, ketiadaan Sri Pahang menambahkan lagi kurangnya seri dalam saingan tertinggi kebangsaan itu berikutan skuad Tok Gajah antara pasukan yang disegani dan memiliki sejarah yang ulung di peringkat domestik.

Nwakaeme atau dikenali sebagai Orang Besi mendedahkan bahawa dia hampir mengalirkan air mata sebaik mendengar perkembangan in menerusi pengesahan penganjur liga, Malaysia Football League (MFL), semalam. 

"Cukup sedih kerana Pahang ibarat kuasa besar dalam liga bola sepak Malaysia. Macam Liverpool tidak lagi beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). 

"Sangat menyedihkan kerana sepanjang masa saya mengikuti perkembangan Pahang.

"Rakyat Pahang macam Kelantan juga, sayangkan bola sepak. Mereka akan kehilangan besar. 

"Saya berharap akan ada perubahan dalam masa terdekat," katanya. 

Nwakaeme ketika ini berada di Kota Bharu bagi memenuhi jemputan saingan persahabatan Piala Duo  membabitkan bekas pemain juara 'treble', Kelantan, dan Bekas Pemain Selangor yang akan berlangsung malam ini. 

Selain Nwakaeme, Kelantan dibarisi bekas pemain seperti Norshahruln Idlan Talaha, Daudsu Jamaluddin, Norfarhan Mohamad, Badri Radzi serta Indra Putra Mahayuddin.

Skuad Bekas Pemain Selangor pula bakal menurunkan Razman Roslan, Nasriq Baharom, Rudie Ramli, K Gurusamy serta Raimi Md Noor.

"Tiada istilah persahabatan dalam bola sepak. Di atas padang, ia ibarat final bagi saya. Saya masih ada mentaliti dan karakter seperti itu. 

"Saya percaya Selangor mahukan kemenangan tapi kami tidak rela kalah di laman sendiri. 

"This is Kota Bharu," katanya lagi. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video