Skip to main content

Bola Sepak

Olsen sokong De Ligt sertai United

matthijsdeligt.jpg
Matthijs de Ligt akan menjadi aset terbesar buat Manchester United atau mana-mana pasukan utama Eropah, kata bekas pemain kebangsaan Denmark, Jesper Olsen.

De Ligt dikhabarkan akan meninggalkan Ajax hujung musim ini bagi menuruti Frenkie de Jong yang akan menyertai Barcelona.

Barca, Juventus dan United merupakan antara pasukan yang mahu menandatangani De Ligt dengan Ole Gunnar Solskjaer pernah berkata kehadiran pemain itu mampu memperkuatkan barisan pertahanannya di Old Trafford musim depan.

Bekas pemain sayap Ajax dan United, Olsen, percaya De Ligt merupakan pembelian paling ideal buat gergasi Liga Perdana Inggeris itu walaupun baru berusia 19 tahun.

"Saya tidak ragu-ragu tentangnya (dia boleh beraksi di United)," katanya kepada Omnisport.

"Untuk beraksi di Ajax, anda perlu menjadi pemain berkualiti.

"Jadi, sudah pasti dia mampu untuk beraksi dengan United. Saya amat pasti.

"Dia boleh menyertai mana-mana pasukan utama ketika ini."

Olsen menambah: "Saya berasakan kelab-kelab waktu ini lebih percaya tentang bagaimana anda mampu bermain. Mereka mahu menguasai permainan.

"Jadi, selagi mana dia menyertai salah satu daripada kelab itu, saya percaya kebolehannya dapat dimanfaatkan mana-mana pasukan."

Advertisement

Must Watch Video