Skip to main content

Bola Sepak

Odriozola: Benzema pemain nombor 9 terbaik dunia

karim-benzema.jpg
Alvaro Odriozola berpandangan rakan sepasukannya di Real Madrid, Karim Benzema, adalah pemain nombor 9 yang terbaik di dunia.

Benzema menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 di Santiago Bernabeu untuk mengatasi Huesca 3-2 dalam aksi LaLiga, awal pagi tadi.

Dia memainkan peranan dalam dua jaringan awal Real, namun pelawat terus memberikan tentangan sepanjang permainan bagi mencuri satu mata hingga penghujung permainan.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu telah meledak jaringan ke atas kesemua 34 pasukan yang pernah dihadapinya dalam LaLiga.

Walaupun penyerang seperti Harry Kane, Luis Suarez, Robert Lewandowski, Edinson Cavani dan Cristiano Ronaldo memiliki sentuhan berbisa, Odriozola berasakan Benzema adalah dalam kalangan terbaik.

"Benzema memiliki kualiti yang luar biasa," kata Odriozola. "Saya sentiasa berpandangan Benzema adalah pemain nombor 9 terbaik dunia dan dia menonjolkan kebolehannya," katanya.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane itu dipaksa bekerja keras selepas pelawat membuka jaringan seawal minit ketiga permainan menerusi Cucho Hernandez.

Odriozola berasakan terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki tetapi berpuas hati dengan kemenangan itu.

"Kami menang tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Kami menampilkan aksi yang lebih baik dalam separuh masa kedua

"Jaringan awal pasukan lawan mengejutkan kam tetapi ia melonjakkan semangat pasukan. 

"Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Huesca yang berusaha untuk meraih kemenangan dalam perlawanan ini."

Advertisement

Must Watch Video