Martin Odegaard tidak menjangka akan kembali segera kembali ke Real Madrid tanpa mengambil kira permulaan yang mengecewakan di Heerenveen.
Pemain kebangsaan Norway itu menyertai Heerenveen secara pinjaman selama 18 bulan sejak Januari lalu, namun bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya di The Abe Lenstra Stadion.
Odegaard masih gagal menemui sentuhan jaringan selepas 13 penampilan dalam saingan Eredivisie dan kehilangan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Real memiliki pilihan untuk memanggil semula pemain berusia 18 tahun itu menjelang permulaan musim hadapan tetapi pemain tengah itu menjangkkan akan kekal di Heerenveen bagi musim 2017-18.
"Perancangan saya adalah mahu beraksi untuk Heerenveen musim hadapan," kata Odegaard.
"Kontrak saya akan tamat pada penghujung musim hadapan walaupun terdapat pilihan untuk saya kembali ke Real Madrid.
"Tetapi saya berharap untuk terus bersama pasukan ini.
"Sememangnya anda akan menghadapi kesukaran di kelab baru, saya tidak menjangkakan permulaan yang mudah di sini."