Skip to main content

Bola Sepak

Odegaard calon ketua pasukan baru Arsenal

odegaard.jpg
Martin Odegaard telah pun memiliki pengaruh besar di Arsenal hinggakan Mikel Arteta mula melihatnya berpotensi untuk memakan lilitan kapten.

Pengurus tersebut berkata Odegaard mempunyai segala kualiti untuk melaksanakan tugas itu kerana dia sedang mempertimbangkan jawatan berkenaan yang sebelum ini disandang Pierre-Emerick Aubameyang.

Selepas penyerang Gabon itu berpindah ke Barcelona, Arteta masih belum menamakan kapten tetap yang baru. 

Kieran Tierney merupakan seorang lagi calon sambil bekas pertahanan The Gunners, Martin Keown, melabel bek kiri itu sebagai sosok yang paling sesuai.

Pada usia 23 tahun, Odegaard sudah pun menjadi kapten Norway dan Arteta percaya peranan sebegitu di peringkat kelab juga sesuai buat bekas pemain Real Madrid itu.

"Dia pastinya mempunyai kesemua kualiti untuk melakukannya," kata Arteta.

"Ketika saya bercakap dengan jurulatih pasukan kebangsaannya, mereka menilainya begitu tinggi.

"Semua orang menyayanginya. Dia seorang yang baik, merendah diri dan memimpin dengan cara tersendiri. Ia adalah perkara biasa baginya dan ia datang dengan sendirinya."


 

Odegaard meninggalkan Madrid dan menyertai Arsenal pada Januari 2021 demi kekerapan beraksi yang pada mulanya secara pinjaman, sebelum memuktamadkan perpindahannya Ogos lalu.

“Martin sangat gembira untuk menyertai kami kerana dia mengharungi tempoh yang sangat baik. Dia rasa dihargai, menikmati apa yang kami lakukan,” katanya lagi. 

“Dia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pemain dan penyokong.

"Dia mahu menjadi sebahagian daripada projek ini. Sejak itu, dia semakin bagus dan menjadi lebih baik tapi saya tidak terkejut. 

"Cara dia menguruskan kariernya, cara dia menggemari permainan ini dan segala usahanya adalah demi menjadi pemain yang lebih baik."

 

Advertisement

Must Watch Video