Sevilla menjadikan Lucas Ocampos sebagai pemain baru berstatus tetap ketujuhnya apabila pemain sayap itu tiba dengan yuran perpindahan dilaporkan sebanyak €15 juta (RM70 juta) daripada Marseille.
Ocampos menyertai Marseille pada 2015 dan selepas melewati beberapa tahun yang sukar -- termasuk tempoh pinjaman ke Genoa dan AC Milan -- dia akhirnya diiktiraf sebagai pemain utama pasukan itu.
Memiliki gabungan kemahiran, kerajinan dan kepantasan, pemain berusia 24 tahun itu merupakan salah seorang pemain Marseille yang paling mencuri tumpuan sepanjang musim 2018-19 dan dia kini mengikat kontrak selama lima tahun di Ramon Sanchez Pizjuan.
Dia tiba ketika Sevilla dalam proses merombak pasukan dengan kemasukan pemain baru seperti Luuk de Jong, Joan Jordan, Diego Carlos, Munas Dabbur dan Jules Kounde manakala pemain yang dipinjam daripada Ajax, Maximilian Wober, diberikan kontrak tetap.
Sevilla juga sedang sibuk untuk menguruskan pelepasan pemain, antaranya Gabriel Mercado, Pablo Sarabia, Quincy Promes dan Luis Muriel yang akan meninggalkan pasukan manakala Simon Kjaer, Aleix Vidal, Roque Mesa, Joris Gnagnon, Ibrahim Amadou, Guilherme Arana dan Wissam Ben Yedder turut dikaitkan dengan perpindahan.