Bekas penyerang import Kelantan pada 2013, Dickson Nwakaeme, melahirkan rasa hairan dan simpati terhadap nasib Mohd Badhri Radzi atau Piya yang khidmatnya langsung tidak diperlukan skuad Pantai Timur itu, musim ini.
Nwakaeme, yang terkenal sebagai 'orang besi' Kelantan melalui muat naik video terbaru di akaun Instagram miliknya, berkata dia tidak gembira setelah mendapat tahu bekas kapten The Red Warriors (TRW) itu meninggalkan pasukan berkenaan sebelum pertengahan musim ini kerana tiada dalam perancangan ketua jurulatih.
“Selamat maju jaya kepada Piya dan saya berharap dia gembira dengan apa sahaja pilihan dalam kariernya. Dia terkeluar kerana mereka (Persatuan Bolasepak Kelantan) mahukan pemain muda.
“Saya tahu Piya okey, dia pemain legenda kerana memilih untuk kekal bersama pasukan (Kelantan) dan berjuang demi lencana di dada,” katanya.
Nwakaeme juga melahirkan rasa kagumnya terhadap kesetiaan Piya yang menolak tawaran lumayan apabila dipancing Johor Darul Ta'zim (JDT) semasa prestasinya berada di puncak.
"Saya masih ingat jeneral padang berusia 26 tahun itu sanggup menolak tawaran berhijrah ke JDT kerana mahu berbakti bersama pasukan negeri kelahiran sendiri.
“Saya juga tidak gembira apabila penjaga gol nombor satu Kelantan (Khairul Fahmi Che Mat) Apek mengakhiri kontraknya. Selamat maju jaya semua kepada pemain legenda, anda tidak pernah mati,” katanya.
Dalam perkongsian itu, bekas penyerang Angers SCO dalam liga utama Perancis itu juga bersetuju dengan keperluan sesebuah pasukan menggunakan pemain muda, namun sumbangan tonggak senior tidak boleh diketepikan.
“Memang baik apabila pasukan memiliki pemain muda tetapi pemain lama juga diperlukan untuk membimbing mereka. Pemain muda perlu belajar daripada pemain senior untuk menjadi sebuah pasukan yang bagus,” katanya.