Porto mengesahkan bahawa pengendali pasukan, Nuno Espirito Santo, telah meninggalkan skuad selepas mencapai persetujuan bersama, semalam.
Berita itu disahkan melalui pengumuman ringkas laman web rasmi kelab Porto.
Nuno yang pernah melatih Valencia, menyertai Porto pada Jun tahun lalu dan berjaya memperbaiki kedudukan pasukan selepas sekadar berada di tangga ketiga liga pada musim sebelumnya.
Bagaimanapun, ia belum cukup untuk menghalang seteru utama, Benfica, daripada menjuarai Liga Primera untuk musim ketiga berturut-turut selepas ketinggalan enam mata di tempat kedua.
Nuno berjaya membawa Porto ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, namun ditewaskan oleh finalis, Juventus.