Skip to main content

Bola Sepak

Nidzam tuntut kebangkitan Felda

nidzam.jpg
Ketua jurulatih Felda United, Nidzam Jamil, mahu menangkis dakwaan sesetengah pihak kononnya pasukan kendaliannya itu sekadar pelengkap jadual menjelang sepak mula saingan Piala Malaysia, hujung minggu ini.

Pengendali itu mengakui prestasi dalam Liga Super gagal mencoret cerita manis buat Felda yang terpaksa bertungkus-lumus hingga ke titisan peluh terakhir untuk kekal bersaing musim depan.

Bagaimanapun, saingan Piala Malaysia dilihat sebagai medan terbaik buat Nidzam untuk memastikan pasukannya tampil lebih segar selepas melewati pelbagai isu pada awal musim lalu, sekali gus mahu membuka lembaran baru.

"Apa yang bagus, Piala Malaysia ibarat bahagian baru. Kami akan mencabar dan kembali fokus. Kami tahu di mana prestasi terbaik pasukan, jadi kami tidak mahu terjadi seperti awal musim ini," katanya.

Felda diundi bersama tiga pasukan yang cemerlang berdasarkan prestasi terbaru, iaitu Selangor, Melaka dan PDRM FA.

PDRM sudah mengesahkan slot dalam Liga Super musim depan sambil Selangor menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok tiga terbaik.

Hanya Melaka dibelenggu masalah kewangan, namun Nidzam tidak menganggap hal itu memberi kelebihan untuk pasukannya mencuri dua slot automatik ke pusingan seterusnya dengan lebih mudah.
 
"Masalahnya, kadangkala ada pasukan yang begitu baik pernah kami temui daripada Liga Super. Namun, dalam Piala Malaysia, mereka boleh jatuh dengan tiba-tiba dan ada pasukan bawahan yang meningkat. Mungkin, kami juga akan melalui situasi itu, jadi kami perlu berhati-hati."
 

Advertisement

Must Watch Video