Jurulatih sementara Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof, mengakui resipi kejayaan Kedah dibayangi bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe, selain penampilannya juga mirip Cheng Hoe dengan memilih untuk memakai kemeja putih, semalam.
Dalam nada berseleroh, Nidzam menganggap warna bajunya sama seperti kebiasaan yang dipakai Cheng Hoe hanyalah kebetulan, namun hakikatnya dalam segala segi, beliau mahu mencontohi mentornya itu.
Keberkesanan tunjuk ajar Cheng Hoe selain keupayaan Nidzam sendiri menjadi kekuatan utama Kedah semalam, sekaligus mengatasi Pahang yang juga merupakan juara Piala FA 2014.
"Cheng Hoe merupakan seorang individu yang bagus, dia sentiasa memberikan nasihat kepada saya. Baju yang saya pakai ini merupakan satu kebetulan," kata Nidzam.
Dalam pertembungan final di Stadium Shah Alam, kelibat Cheng Hoe kelihatan menonton bekas skuad kendaliannya beraksi.
Senyuman Cheng Hoe dan kegembiraan anak jati Kedah ini meraikan kejayaan negeri kelahirannya begitu terserlah sebaik Kedah dinobat selaku juara baru Piala FA musim ini.
Cheng Hoe, bagaimanapun, mengelak ketika diminta mengulas kejayaan manis Kedah ini dengan menegaskan ia adalah kemenangan dan kejayaan yang direalisasikan Nidzam sendiri.