Ketua jurulatih Felda United, Nidzam Jamil, optimis pasukannya mampu mara ke separuh akhir Piala FA selepas terikat 3-3 dengan Kuala Lumpur dalam suku akhir pertama di Stadium KLFA, Cheras, semalam.
Keyakinan Nidzam itu berlandaskan kegagalan Kuala Lumpur memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri bagi membawa bekalan selesa ke Jengka, 11 Mei ini.
Beraksi di laman sendiri memberikan kelebihan buat skuad The Fighters itu memandangkan Stadium Tun Razak menggunakan padang tiruan yang memberikan kesukaran buat lawan.
"Ia keputusan yang baik tetapi daripada aspek prestasi, kami perlu memperbaikinya.
"Minggu depan, kami akan beraksi menentang JDT (Johor Darul Ta'zim) dan kemudian menghadapi saingan Piala FA di Jengka pada bulan puasa.
"Kami perlu memperbaiki cara kami untuk layak ke separuh akhir.
"Saya positif kami mampu untuk membetulkan dua tiga perkara.
"Kesilapan kecil daripada individu adakalanya boleh menjadi besar," katanya
Sementara itu, kapten Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin, mengakui pasukannya perlu menggandakan usaha dalam aksi timbal balik di Jengka.
Indra masih enggan mengaku kalah biarpun sedar skuad Warga Kota itu perlu berusaha lebih keras untuk meraih gol di laman lawan.
Bekas penyerang kebangsaan itu mengakui Kuala Lumpur perlu melakukan persiapan beraksi di padang tiruan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang di Stadium Tun Razak.
"Insya-Allah, kami yakin dan kami pasti akan mencuba yang terbaik.
"Ia sememangnya sukar untuk bermain di Jengka tetapi dengan semangat pasukan yang ada, kami akan berjaya," katanya.