Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, menegaskan keampuhan posisi tengah mencorakkan serangan adalah kunci kejayaan pasukannya menundukkan Sabah 3-0 dalam aksi di laman sendiri, malam tadi.
Tonik terbesar dibantu dengan sorakan peminat antara yang menyemarakkan semangat pemain ketika sentiasa segar melancarkan serangan balas pantas sejurus mematahkan serangan Sabah.
Jaringan skuad Jang hadir menerusi Jovan Motika, Alexander Agyakwa dan Joseph Esso.
"(Kemenangan kami didorong oleh) kualiti pemain yang ada. Motiva, A. Selvan, Luqman Hakim (Shamsudin) -- yang diberikan 20 minit permainan -- dan Mio Tsuneyasu yang boleh mengubah corak perlawanan.
"Taktikal kami bukan berdasarkan pemain jadi kami gembira dengan situasi ini," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, Daniel Jean Paul, pula mengakui pemain masih tercari-cari rentak mereka yang sebenar dan belum dapat menyesuaikan struktur permainan dengan gaya permainan mereka.
"Sebaik pemain memahaminya (transisi permainan), kami akan menjadi pasukan yang lebih baik," katanya pula.
Gear Up Sekarang

Sedia Turun Padang
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang