Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, berkongsikan mengenai status terkini penyerang muda, Luqman Hakim Shamsuddin, yang masih belum mendapat minit permainan.
Nidzam tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan bekas pemain KV Kortrijk itu dalam masa terdekat selain berkongsikan pemain berusia 23 tahun itu sudah turun dalam sesi latihan pasukan.
"Dia sudah menyertai sesi latihan tetapi ada satu dan dua perkara yang saya tidak mahu ambil risiko, liga ini maraton dan bukan 100 meter.
"Saya boleh turunkan dia beraksi 20 minit ataupun 10 minit tetapi kami mungkin kehilangan dia sekali lagi. Jadi lebih baik sedikit demi sedikit dan dia boleh bermain sepanjang musim." katanya.
Untuk rekod, Luqman menyertai The Jang selepas enam tahun berkelana di luar negara dan turut pernah beraksi buat pasukan Njarovik (Iceland) dan YSCC Yokohama (Jepun) secara pinjaman dari KV Kortrijk.
Dia mempunyai rekod baik selaku pemain muda skuad kebangsaan apabila muncul penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-16 pada 2018 itu berada di luar negara sejak menyertai kelab liga divisyen utama Belgium, KV Kortrijk, pada 2019.
Negeri Sembilan mara ke suku akhir selepas menewaskan PDRM menerusi agregat 5-1.

Kenapa masih tiada kelibat Luqman Hakim Shamsudin bersama NSFC musim ini?
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) September 13, 2025
?️ Ini jawapan Nidzam Jamil @ASTROARENA pic.twitter.com/DtilYujWnT