Skip to main content

Bola Sepak

Apa komen Luqman Hakim diberikan 20 minit permainan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luqman-hakim-shamsudin.jpg
Penampilan kedua Luqman Hakim Shamsudin jelas menunjukkan impak besar kepada kelab Negeri Sembilan apabila kehadirannya membuktikan kualiti dan kredibiltinya menggerakkan hantaran berbahaya ke bahagian hadapan.

Biarpun turun 25 minit sebelum babak kedua tamat, namun sumbangan bekas pemain Kortrijk di Belgium itu selaku 'supersub' bukan sahaja menaikkan sorakan penyokong di Stadium Tuanku Abdul Rahman namun kecemerlangan permainan ditunjukkan Negeri Sembilan sesuatu yang luar biasa untuk disaksikan.

Skil, hantaran pantas dan gerakan berbisanya sudah cukup memberi mesej betapa aksinya di luar negara membantunya bersama pasukan kelab. 

"Pasukan kami mempamerkan semangat juang yang bagus, persefahaman pasukan semakin bagus. Permainan Negeri Sembilan semakin bagus saban perlawanan.

"Kami akan teruskan momentum sebegini, teruskan perbaiki kelemahan. Kami akan fokus untuk menghadapi Penang (Sabtu depan)," katanya. 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video