Ketua jurulatih Felda United, Nidzam Jamil, lega ketiadaannya sepanjang menjalani kursus kejurulatihan lesen pro masih mampu digalas barisan pembantunya untuk merencana strategi ampuh buat pasukan ketika menentang Kuala Lumpur malam tadi dalam usaha keluar dari dasar liga.
Pengendali itu terpaksa menyerahkan tugas kepada pembantunya, Khairul Ismail dan Zahid Hashim, walaupun sempat menghadirkan diri bagi aksi di Stadium KLFA semalam, namun segala taktikal sebelum perlawanan sempat dibincangkan bersama pembantunya menerusi panggilan telefon dan kiriman pesanan ringkas.
Di sebalik kekurangan tersebut, skuad The Fighters tetap mampu melakar kemenangan 2-0 hasil gol Khairul Amri Kamal dan Zahril Azri, sekali gus memberi talian hayat untuk keluar daripada zon penyingkiran.
"Sebenarnya, saya tidak bersama pasukan hampir empat atau lima hari. Zahid menjaga pasukan sepanjang ketiadaan saya. Mereka akan meneruskan latihan kerana urusan saya masih belum tamat," ujar Nidzam.
"Daripada segi taktikal, memang kami berbincang tetapi segala usaha hadir daripada pembantu saya."
Malang terus melanda skuad Warga Kota itu apabila mereka kini terperosok ke dasar liga dengan hanya 14 mata.
Pemangku ketua jurulatih Kuala Lumpur, Roslee Md Derus, masih mampu menyelamatkan status pasukan bagi saingan Liga Super musim depan, namun berdepan tugas mustahil untuk mencatat kemenangan bagi baki dua perlawanan tatkala mereka bakal menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak sambil mengharapkan Felda dan PKNP FC tewas.
"Realitinya, memang sukar tetapi kami perlu teruskan beraksi sambil mengharapkan keajaiban. Lihat nanti apa jadi selepas ini," katanya.