Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Mohd Nidzam Adha Yusoff gembira dengan kebangkitan lewat pemainnya untuk mengikat tuan rumah Kelantan 1-1 dalam aksi pembukaan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Menurutnya, pemain The Hawks tidak mudah panik dan sentiasa memberikan aksi terbaik biarpun The Red Warriors (TRW) mendahului melalui sepakan penalti yang disempurnakan Lazarus Kaimbi.
"Alhamdulillah, separuh masa pertama kita dapat mengimbangi perlawanan dengan baik. Tahniah kepada semua pemain yang beraksi dengan disiplin taktikal yang baik.
"Separuh masa kedua, dalam bola sepak, penalti memang tidak dapat dielakkan. Boleh dikatakan tuan rumah bernasib baik. Terima kasih kepada pemain yang tidak mudah mengaku kalah biarpun diasak dalam keadaan perlawanan yang agak tegang.
"Namun, saya gembira, keadaan mental dan fizikal pemain Kuala Lumpur sangat kuat untuk sekurang-kurangnya bawa balik satu mata dari Kota Bharu," katanya.
Nidzam Adha yang juga dipilih sebagai pembantu Jurulatih Melaka United (MU), musim lepas sudah menjangka TRW akan mengunakan kekuatan serangan balas untuk memerangkap benteng pertahanannya bagi memburu jaringan.
"Memang kita sudah bersedia dengan serangan pantas pemain muda tuan rumah.
"Saya kira, dalam tiga serangan pantas mereka tadi, kalau tak silap, dua kali mereka berjaya memerangkap pertahanan kerana pemain terjatuh. Selebihnya, kita berjaya mengimbangi corak pasukan Kelantan" ujarnya.
Nidzam Adha juga berpuas hati dengan sumbangan awang importnya yang banyak membantu pasukan menyerap tekanan beraksi di gelanggang keramat TRW.
"Ya, sangat berpuas hati dan mereka (pemain) bermain sebagaimana yang kita kehendaki.
"Mereka juga berjaya hasilkan gol penyamaan," tambahnya.