Skip to main content

Bola Sepak

NFDP bakal diselia FAM -- Syed Saddiq

nfdp_1.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tampak memberikan bayangan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) akan diselia oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan rasmi di Parlimen hari ini.

Isu NFDP menjadi antara agenda utama FAM dalam kongres badan induk itu di Melaka, Sabtu lalu.

Antara lain, FAM mahu mereka diberi kepercayaan untuk terbabit sama dalam program itu selepas tiada persefahaman dan rentak seiring daripada kedua-dua pihak sebelum ini.

Susulan daripada itu, satu perbincangan rasmi telah diadakan hari ini membabitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), FAM serta NFDP.

Ini juga merupakan pertemuan pertama di antara Syed Saddiq dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Sebelum ini FAM memainkan peranan sebagai pengarah teknikal. Saya mahu memastikan KBS dan FAM menggerakkan program ini bersama-sama supaya kita dapat menjimatkan kos," kata Syed Saddiq.

"10 peratus daripada perbelanjaan MSN disalurkan ke dalam NFDP dan kami mahu berusaha untuk menjimatkan kos tersebut," tambahnya.

"Saya membenarkan Syed Saddiq untuk melakukan penilaian kerana FAM akan berusaha untuk meningkatkan mutu bola sepak negara," kata Hamidin.

Advertisement

Must Watch Video