Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan penyerahan rasmi Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya akan dilakukan sebaik isu kepimpinan membabitkan badan induk bola sepak negara itu selesai sepenuhnya.
Jelas Hannah, secara prinsipnya Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk menyerahkan NFDP kepada FAM terutamanya selepas penilaian dilakukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang mencadangkan agar program pembangunan sukan dikendalikan oleh persatuan sukan kebangsaan masing-masing.
"AFC membantu MSN meneliti keberkesanan NFDP.
"Dalam penilaian AFC, mereka telah meminta supaya persatuan sukan kebangsaan memiliki program akar umbi tersebut.
"Jadi, MSN sudah membuat keputusan untuk menyerahkan NFDP kembali ke FAM.
"Tetapi, saya meminta supaya ini diteliti sekarang atau tangguh sebentar sehingga FAM mempunyai presiden dan menyelesaikan isu kepimpinan.
"Selepas itu, saya sendiri bertanggungjawab akan menyerahkan NFDP kepada FAM.
"Peruntukan NFDP masih dikeluarkan MSN. Buat masa sekarang, MSN masih memantau perjalanan NFDP," katanya di Nadi Weekend.
Grab Cepat

NIKE SALE: Up to 60% + Extra 15% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Nike kegemaran korang dengan diskaun hebat bila beli 2 item atau lebih. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat