Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Neymar-Messi dijangka kembali bentuk gandingan berbisa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymar,-messi.jpg
Neymar akan bergandingan semula dengan Lionel Messi di Camp Nou, menurut bekas ejen Brazil dan tukang rekrut Barcelona, ​​Andre Cury.

Cury menghabiskan sedekad bekerja di Barcelona sebagai pencari bakat di Brazil apabila memainkan peranan penting dalam perpindahan Neymar ke Catalan pada 2013.

Selepas menjalinkan kerjasama yang baik dengan Messi, Barca memenangi LaLiga pada 2014-15 dan 2015-16 dan tiga mahkota Copa del Rey berturut-turut sebelum Neymar angkat kaki ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017, namun Cury berpendapat pasangan itu bakal dipertemukan kembali.

Messi telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Barcelona dengan PSG atau Pep Guardiola di Manchester City disebut-sebut menjadi pilihan, tetapi Cury berasakan kedua-duanya akan kembali membentuk gandingan di wilayah Catalunya itu. 

"Dua tahun lalu, Neymar secara rasmi meminta saya untuk kembali ke Barcelona, ​​kami cuba dan hampir membawanya keluar dari Paris tetapi disebabkan beberapa perkara, ia tidak berlaku," dedahnya kepada media Argentina, El Litoral.

"Presiden baru Barcelona, Joan Laporta, adalah satu-satunya yang mampu menyatukan mereka, Messi tidak akan meninggalkan Barcelona, ​​dia memutuskan bahawa sejarahnya ada di Barcelona dan saya sangat jelas mengenai hal itu.

"Neymar akan kembali beraksi dengan Messi tetapi di Barcelona."

 

Pemain antarabangsa Brazil berusia 29 tahun itu telah menikmati musim keempatnya di Paris selepas memenangi tiga gelaran Ligue 1, deretan trofi lain sementara muncul naib juara Liga Juara-Juara (UCL) 2019-20 meskipun kecederaan kadang-kadang membelenggunya. 

"Neymar bersikap terbuka untuk kembali ke Barcelona, ​​peminat tahu dia telah melakukan kesilapan bahkan dia menyesali tindakannya," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video