Neymar menawarkan sokongan buat Luis Suarez selepas bintang Uruguay itu gagal menyempurnakan sepakan penalti sehingga menyebabkan kekalahan di tangan Peru dalam aksi suku akhir Copa America 2019.
Suarez muncul satu-satunya pemain yang gagal menjalankan tugas dengan sempurna sewaktu penentuan sepakan penalti sehingga Peru menang 5-4 selepas permainan sebenar terikat 0-0 di Salvador, awal pagi tadi.
Bintang Barcelona itu dilihat menitiskan air mata selepas kekalahan Uruguay tatkala mereka melalui peringkat kumpulan tanpa tewas.
Bekas rakan sepasukan Suarez, Neymar, yang kini dikaitkan dengan kepulangan ke Barca daripada Paris Saint-Germain (PSG), menawarkan sokongan buat penggempur Uruguay itu.
"Bangkit," katanya menerusi laman Instagram berserta paparan video tangisan Suarez.
"Anda seorang yang hebat. Saya sayangkan anda."
Neymar dilaporkan bakal kembali ke Barcelona musim depan selepas dua tahun meninggalkan juara LaLiga itu.